Anda di sini

Lebih banyak PAWE akan diwujudkan

Advertisement

Oleh Sandy Mark Luna //

Sebuah lagi akan ditubuh di kawasan Petra Jaya sebagai tambahan kepada tujuh pusat yang mempunyai seramai 13,930 ahli: Fatimah

KUCHING: Lebih banyak Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) akan diwujudkan, sekurang-kurangnya satu setiap tahun di Sarawak.

Menurut Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah, sebuah lagi akan ditubuhkan di kawasan Petra Jaya sebagai tambahan kepada tujuh pusat yang mempu-nyai keahlian seramai 13,930 orang.

“Permohonan untuk me-wujudkan PAWE di Petra Jaya telah dimajukan dan kita berharap ia dapat diluluskan dalam waktu terdekat,” kata-nya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurna-kan Majlis Penangguhan Bicara Ibu sempena Sambutan Hari Ibu di Pustaka Negeri, di Petra Jaya, semalam.

Hadir sama, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Keluarga Rosey Yunus, Pengerusi Jawatankuasa Protem PAWE Petra Jaya Datu Dr Adi Badiozaman Tuah dan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Bicara Ibu Dr Rabiah Ghani.

Fatimah berkata keahlian teramai dicatat di PAWE Piasau dengan jumlah 12,902 orang, diikuti Mukah 677.

Selain Piasau dan Mukah, pusat itu turut wujud di Samariang (Kuching), Lingga (Sri Aman), Beting Maro (Betong), Nangka (Sibu) dan Kakus (Bintulu).

Beliau menjelaskan, geran secara ‘one-off’ sebanyak RM80,000 akan diberikan kepada PAWE Petra Jaya apabila permohonan untuk menubuhkannya diluluskan.

“Saya amat menghargai inisiatif perancangan PAWE Petra Jaya yang menjalinkan hubungan kerjasama dengan pihak lain, yakni antara institusi.

“Hidup dalam masyarakat, kita tidak boleh menjadi pulau, hidup menyendiri atau dalam situasi pengasingan kerana warga emas masih boleh berperanan menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

Jelasnya, pusat itu merupakan program sokongan sosial atau pengintegrasian warga emas bersama ahli keluarga dan setempat, selain merupakan pusat pertemuan warga emas bagi menjalankan aktiviti serta bagi menghindari kesunyian bagi golongan sihat berumur 60 tahun ke atas.

Antara aktiviti-aktiviti disediakan adalah berunsurkan rekreasi, sukan, kesihatan dan terapi.

Selain itu, kerajaan juga akan memberi bantuan geran berjumlah RM33,333 setahun bagi pengurusan dan pelaksanaan PAWE, katanya.

Sementara menunggu pro-ses itu selesai, beliau memperuntukkan geran sebanyak RM10,000 sebagai permula-an.

“Semoga keahlian PAWE Petra Jaya terus bertambah dan aktiviti-aktivtinya terus mantap,” katanya.

Advertisement