Anda di sini

JBPM anjur Kempen Derma Darah pada 17 Mei

Advertisement

SIBU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu dengan kerjasama Bank Darah Hospital Sibu akan menganjurkan Kempen Derma Darah pada 17 Mei ini.

Kempen  yang berlangsung di Medan Mall, Jalan Wong King Huo itu dijadualkan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 2 petang.

Program tersebut dianjurkan sempena  Hari Anggota Bomba 2014, bertujuan  membantu pihak Bank Darah Hospital Sibu menambah bekalan darah.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin tampil menderma darah dinasihati supaya mendapatkan rehat yang secukupnya.

Selain itu, turut dijalankan sesi ceramah kebaikan menderma darah yang disampaikan oleh pihak Bank Darah Hospital Sibu.

Ceramah tersebut bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai akan kebaikan menderma darah untuk menyelamatkan nyawa insan yang memerlukannya.

Advertisement