Anda di sini

Berkhidmat di IPD Bintulu beri banyak cabaran, kata Madang

Advertisement

BINTULU: Berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu memberi banyak cabaran khususnya dalam menangani kes jenayah serta menjaga keselamatan penduduk di bahagian ini, kata Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Madang Usat.

Katanya banyak cabaran dan kejayaan telah dapat dicapai dan diselesaikan dengan baik manakala aktiviti berkaitan dilangsungkan dengan lancar hasil kerjasama anggota polis yang ada sejak saya melapor diri pada 1 April 2011 iaitu selama tiga tahun satu bulan menerajui IPD Bintulu.

Jelasnya, antara contoh kejayaan yang dicapai adalah menyelesaikan insiden piket pekerja di Taman Perindustrian Samalaju semasa awal pelaksanaan pembangunan projek di kawasan itu.

“Insiden itu membabitkan beratus pekerja berpiket namun kami berjaya menangani masalah itu,” ujarnya pada Perbarisan Polis sempena pertukaran tugasnya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di IPD Bintulu semalam.

Selain itu katanya, sepanjang bertugas di sini, kejayaan turut dicapai dalam tugas dan tanggungjawab menjaga keselamatan semasa sambutan Hari Malaysia 2012 dengan Bintulu sebagai tuan rumah, yang turut dihadiri beribu-ribu orang termasuk dari luar Bintulu.

Ujarnya masalah jenayah yang meningkat 30 peratus sebelumnya dan pada akhir tahun yang sama saya berkhidmat di sini kadar jenayah menurun kepada 20 peratus sehingga sekarang.

“Bagi saya ini adalah satu kejayaan amat bermakna, bukan kejayaan saya seorang sebagai Ketua Polis Daerah kerana saya seorang sebaliknya ia adalah hasil kerjasama anggota-anggota polis di sini yang siang malam bertungkus-lumus mengurang kadar jenayah,” katanya.

Justeru beliau yakin pegawai atasan dan anggota polis yang ada akan terus memberi kerjasama kepada penggantinya atau pegawai baharu supaya Bintulu terus menjadi daerah yang sentiasa aman dan damai lebih-lebih lagi ia mengalami pembangunan ekonomi yang pesat dengan menampakkan pertambahan penduduk.

Katanya dengan bertambah sesak dan berlipat gandanya jumlah penduduk akan memberi cabaran besar untuk IPD Bintulu.

Dalam pada itu seramai 34 pegawai, anggota, kakitangan awam dan orang awam menerima sijil penghargaan pada majlis itu.

Turut hadir Ketua Bahagian Pengurusan IPD Bintulu ASP Jame Reis dan Ketua Cawangan Khas ASP Ghaisah Putang.

Advertisement