Anda di sini

Anggota UMNO perlu sentiasa bersiap sedia hadapi apa jua situasi

Advertisement

KUALA LUMPUR: Anggota UMNO, terutama di Terengganu, diingatkan supaya sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi apa jua situasi politik yang melanda parti itu.

Naib Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ketaatsetiaan ahli-ahli UMNO di akar umbi sedang diuji.

“Oleh itu kepentingan parti harus mendahului kepen-tingan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam bagi mengulas kemelut politik yang tercetus di Terengganu.

Bekas Menteri Besar Te-rengganu Datuk Seri Ahmad Said, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, mengisytiharkan keluar parti dan menjadi Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) bebas pada awal pagi Selasa bersama ADUN Ajil, Ghazali Taib.

“Jangan biarkan elemen kemusnahan oleh musuh dalam dan luar parti me-nguasai pertimbangan politik kita,” katanya.

Ahmad Zahid berkata anggota UMNO perlu memastikan kepercayaan kepada pucuk pimpinan hendaklah menjadi tonggak kepada semua lapisan kepimpinan dan ahli-ahli, demi memperkasakan ke-utuhan parti.

Berikutan tindakan Ahmad Said bersama Ghazali keluar UMNO, kedudukan kerusi Barisan NasionaL (BN) di 32 kerusi DUN Terengganu kini menjadi 16 kerusi (termasuk kerusi Speaker DUN Terengganu) sementara PAS mempunyai 14 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (1) dan dua Bebas.

Sementara itu di KOTA BAHARU, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed menasihatkan anggota UMNO supaya tidak mendengar khabar angin yang boleh menjejaskan perjua-ngan parti itu.

Beliau berkata anggota UMNO juga perlu setia kepada parti dan terus memperjuangkan kepentingan rakyat demi kekuatan parti. — Bernama

Advertisement