Anda di sini

‘Raja Dadah’ warga Iran ditahan polis

Advertisement

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan ‘Raja Dadah’ sindiket pengedaran antarabangsa dari Iran, semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya, mengucapkan tahniah kepada Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) atas kejayaan terbaharu itu.

Mesej Tweetnya itu menyebut:”Syabas lagi STING @PDRMsia berjaya berkas Kingpin Dadah warga Iran yang sangat dikehendaki sebentar tadi. Bebaskan Negara dari dadah!”

Dalam tweetnya itu, beliau berkata pihaknya turut menahan dua warga Nigeria dan merampas 9.4 kilogram syabu di Bukit Jalil, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim ketika dihubungi Bernama berkata beliau belum menerima maklumat terperinci mengenai kejadian itu kerana operasi berkenaan baru dijalankan.

Bagaimanapun, satu sidang media akan diadakan esok di Bukit Aman, katanya.

Semalam, PDRM memaklumkan JSJN dan Sting berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa berikutan tertangkapnya tiga lelaki warga Iran pada minggu pertama bulan ini dan merampas dadah jenis syabu bernilai RM3.16 juta. — Bernama

Advertisement