Anda di sini

Hari Wesak hari terbaik untuk berdoa: Yong

Advertisement

KUCHING: Hari Wesak merupakan hari terbaik untuk berdoa, juga sebagai tanda menunjukkan rasa cintakan keamanan dan kebebasan di Malaysia.

Justeru, bekas Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng berkata beliau berhasrat untuk menjadi teladan dan contoh kepada semua bagi menjaga keharmonian setiap penganut di negara ini.

“Ia merupakan hari untuk berdoa bagi keamanan sejagat sebagaimana Deepavali.

“Justeru, semua warga Malaysia perlu bersatu hati dan berterima kasih dengan apa yang telah diper-olehi untuk mengeratkan jalinan silaturahim di kalangan pelbagai bangsa.

“Anda sendiri menyaksikan saya ke semua jenis upacara keagamaan kerana saya percaya dengan ke-utuhan dan keharmonian pelbagai bangsa,” katanya selepas menunai-kan upacara memandikan patung Buddha Gautama sempena Hari Wesak di Pertubuhan Penganut Agama Buddha Buddhamongkolsatan di Pusat Komersil Hui Sing Garden semalam.

Menurut sumber, Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana ia melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung dan Kewafatan Gautama Buddha.

Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand dan Wesak di Sri Lanka.

Lazimnya, penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberi penghormatan kepada Buddha, yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha).

Para penganut juga akan melafaz-kan semula Tisarana (Tiga Perlindu-ngan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha.

Perlindungan dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.

Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.

Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta meng-amalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.

Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.

Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip ‘Precepts’ sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha ‘Sutras’. Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati.

Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami.

Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut agama Buddha di seluruh dunia.

Ia dirayakan pada bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting iaitu: Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada 623 SM, Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun pada 588 SM dan Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun pada 543 SM.

Advertisement