Anda di sini

Calon Bebas Abu Backer Sidek sewa 10 teksi turun kempen

Advertisement

GEORGE TOWN: Calon bebas pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Bukit Ge-lugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan menyewa 10 teksi untuk membantu jentera kempennya bermula petang semalam.

Abu Backer Sidek, 46, berkata walaupun mempunyai kenderaan sendiri, beliau sering menggunakan perkhidmatan teksi untuk membantu golongan ber-kenaan meningkatkan pendapatan mereka.

“Selain itu saya juga berminat untuk selesaikan isu teksi bermeter kerana saya dapati pemandu teksi di negeri ini tidak guna meter bukan kerana mereka sengaja mahu langgar peraturan, tapi kerana ada banyak kekangan yang sampai kini tidak selesai,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau yang menyasarkan 60 peratus peluang keme-nangan dalam pilihan raya kecil itu, berkata pengisian kempennya setakat ini memberi fokus kepada memper-kenalkan diri dan beramah mesra dengan pengundi Bukit Gelugor.

Abu Backer Sidek yang memberitahu memiliki kilang kurma di Arab Saudi, berkata beliau pada mulanya mahu menjadikan karavan keluarga sebagai pentas ceramah tetapi kenderaan itu sedang dibaiki.

Dalam perkembangan lain, Abu Backer Sidek yang juga seorang peguam menafikan beliau bersikap perkauman dan mendakwa kenyataan mengenai ‘paria’ yang disebut semasa penamaan calon di Dewan Sri Pinang kelmarin telah diputar belit individu tidak bertanggungjawab.

Katanya, beliau dipanggil polis untuk memberi ke-terangan berhubung kejadian itu.

Pada PRK Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei ini, Abu Backer Sidek berhadapan dengan Ramkarpal Singh (DAP), Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan anggota PAS Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar yang bertanding atas tiket Bebas. — Bernama

Advertisement