Anda di sini

Bank Rakyat raikan pelanggan pada Program Jom Bersarapan

Advertisement

LIMBANG: Bank Rakyat Cawangan Limbang memeriahkan Sambutan Hari Jururawat 2014 di Hospital Limbang dengan menganjurkan Program Jom Bersarapan bersama Bank Rakyat di sini kelmarin.

Ketua Unit Pembiayaan Bank Rakyat Mohd Zuhirwan Hasan berkata, program itu adalah inisiatif berterusan institusi kewangan itu untuk bertemu pelanggan di lokasi terpilih.

Beliau berkata ini juga memberi peluang kepada Bank Rakyat bertemu secara langsung dengan pelanggan tanpa menunggu mereka datang ke bank itu.

“Hospital Limbang dipilih sebagai lokasi seterusnya bagi Program Jom Bersarapan bersama Bank Rakyat dalam usaha kami berjumpa secara dekat dengan pelanggan.

“Pada masa sama, program ini dapat memeriahkan sambutan Hari Jururawat 2014 di Limbang,” katanya.

Turuthadir Pengarah Hospital Limbang Dr Nurliza Jusoh.

Zuhirwan berkata, Bank Rakyat amat menghargai pelanggan-pelanggannya dan sentiasa mendekati mereka bagi mendapatkan maklum balas secara terus demi memberi perkhidmatan terbaik kepada mereka.

Katanya pelbagai program diadakan pada tahun ini membabitkan sekitar 30 lokasi sebagai menghargai pelanggan setia mereka.

Advertisement