Anda di sini

Atlet taekwondo Sarawak raih lima pingat emas di Thailand

Advertisement

TERBAIK: Skuad taekwondo Sarawak membuktikan kehebatan raih lima pingat emas di Thailand.

KUCHING: Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (PTNS) sedang membuat persiapan untuk menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA XVII) di Perlis hujung bulan ini merangkul lima pingat emas, tiga perak dan satu gangsa pada Kejohanan Taekwondo TKS Thailand 2014 di Bangkok.

Pasukan ke kejohanan kali kelima itu diketuai Pengerusi Teknikal Negeri, Tan Check Joon dan ketua jurulatihnya,   Kochphoom Nimmit dari Thailand.

Check Joon berkata, pasukan itu amat fokus dan mempamerkan keyakinan tinggi pada kejohanan dua hari itu dan hasilnya Dayang Farhanah Abang Sazali, Marena Tee Zulariffin, Virtlam Umpau, Chai Chun Hui dan Mohd Amirul menyumbangkan pingat emas.

Audrey Nu Alexander Mula, Cynthia Li dan Tie Ton Siong memenangi perak manakala Enzo Scifo pula meraih pingat gangsa tunggal negara.

Check Joon berkata, pencapaian pasukan itu meningkat berikutan latihan intensif mereka di Thailand sejak enam bulan lalu.

“Pencapaian pasukan kami semakin meningkat dan saya yakin mereka akan mengekalkan prestasi terbaik ini pada temasya SUKMA XVII di Perlis nanti,” katanya.

Advertisement