Anda di sini

ADUN Kemasik Rosli Othman nafi keluar UMNO

Advertisement

KUALA TERENGGANU: Seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu semalam menafikan khabar angin bahawa beliau akan keluar daripada UMNO dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil bebas seperti tiga lagi wakil rakyat daripada parti itu yang berbuat demikian.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik Ir Rosli Othman memberitahu Bernama melalui telefon bahawa beliau masih bersama UMNO  bertentangan dengan mesej yang tersebar melalui SMS selepas tiga wakil rakyat mengisytiharkan mereka keluar parti.

Antara mesej yang tersebar melalui SMS itu menyebut bahawa Rosli ialah seorang daripada tiga wakil rakyat BN dari UMNO yang keluar daripada parti itu dan menyertai tiga yang lain bagi mengisytiharkan mereka sebagai wakil Bebas.

Bekas Menteri Besar Terengganu dan ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said, ADUN Ajil Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan awal pagi semalam keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas. — Bernama

Advertisement