Anda di sini

SUKMA XVII Perlis: Skuad karate negeri senarai tujuh atlet terbaik

Advertisement

MIRI: Skuad karate negeri menamakan tujuh atlet terbaik mewakili Sarawak dalam acara Kata pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA XVII) di Perlis nanti.

Pengurusnya, Cherina Chiew berkata Sarawak diwakili pasangan adikberadik, Nur Jannah Tuwah dan Nadzirah Tuwah, Dayangku Nurdiyana, Al-Hasbi Al-Harir, Awangku Muhd Fauzi, Abdul Rahman Suut dan Ngui Xin Ru.

“Kita menghantar pasukan terkuat untuk acara Kata pada tahun ini dengan atlet berpengalaman seperti Al- Hasbi dan Dayangku Nurdiyana,” katanya di sini kelmarin.

Bagaimanapun, beliau belum menamakan semua atlet untuk acara Kumite sebaliknya hanya seorang atletnya, Kaartic a/l Shiramjeevi disahkan mewakili Sarawak.

“Kita tetap komited menghantar nama dua lagi atlet bagi acara Kumite Individu meskipun berbaki dua minggu lagi sebelum kejohanan berlangsung,” ujarnya.

Sementara itu, jurulatihnya, Al-Harir Muhammad berkata tujuh atlet akan dipertaruhkan dalam acara Kata lelaki dan wanita serta dua acara individu.

Beliau berharap atlet yang dipilih menunjukkan semangat juang tinggi dan mempraktikkan segala latihan pada pertandingan yang sebenar.

“Sudah pasti kita mensasarkan pingat emas terutamanya dalam acara Kata berikutan pihaknya merangkul tiga pingat gangsa dan dua lagi gangsa dalam acara Kumite pada Sukma Pahang lalu,” ujarnya.

“Ini adalah cabaran dan tugas yang harus dipikul oleh para atlet dan kita percaya mereka mampu menyumbangkan pingat emas untuk kontinjen Sarawak,” katanya.

Advertisement