Anda di sini

‘Sibu Bikers’ Gathering 2014’, bukan sekadar motosikal besar

Oleh Othman Ishak //

MESTI MAHIR: Para peserta pertandingan tunggangan perlahan berusaha mengimbangi motosikal mereka seperlahan yang mungkin.

SOKONGAN PADU: Acara Sibu Bikers’ Gathering 2014 juga mendapat sokongan padu daripada para ahli Rolling Thunder Borneo MC Kuching Chapter yang datang jauh dari Kuching.

ACARA ‘Sibu Biker s ’ Gathering 2014’ anjuran Jebat Riders Borneo begitu meriah dengan kehadiran lebih 300 buah motosikal berkuasa tinggi yang datang dari pelbagai pelusuk pulau Borneo.

Program yang dianjur buat julung kalinya di pekarangan Hotel Permai & Food Court di Sibu telah dikerumuni oleh orang ramai sejak awal pagi lagi yang teruja menyaksikan kehebatan motosikal berkuasa tinggi dengan reka bentuk yang pelbagai.

Antara pihak yang turut serta dalam acara tersebut termasuk Rolling Thunder Borneo MC Kuching Chapter, Tegar Bikers dari Samarahan, Razz Chopper MC, Rebel Angels, The Rolling Thunder Borneo MC Sibu Chapter, Sarawak Bikers Club dan V-Twin Syndicate dari Sibu, Bintulu Bikers Community, Borneo Island Big Bike dari Miri serta para pemilik motosikal dari kawasan tengah.

MENAKJUBKAN: Presiden Razz Chopper MC, Abdul Razak yang turut serta dalam Charity Ride baharu sampai di pekarangan Rumah Seri Kenangan Sibu disertai para penunggang lain.

“Sebagai penganjur, kami di Jebat Riders Borneo cukup gembira dengan kejayaan penganjuran program ini yang dianjurkan buat pertama kalinya di pekarangan Hotel Permai & Food Court cukup.

“Dengan ini, kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli motosikal yang terlibat sama ada yang berkuasa tinggi ataupun tidak, pihak media atas liputan yang meluas, polis, RELA dan juga pihak penaja seperti Permai Hotel & Food Court, G-Mart Super Store, Guiness & Anchor Sdn Bhd serta Hock Hing Motor.

“Tanpa sokongan anda semua, kami mungkin tidak dapat menjayakannya dengan penuh gilang-gemilang,” ujar Presiden Jebat Riders Borneo Zainuddin Bahak ketika ditemui pada penghujung acara tersebut.

CENDERAHATI: Zainuddin (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Abu Seman sambil disaksikan para peserta lain.

Program itu yang telah dirasmikan oleh ADUN Jemoreng merangkap Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwie, antara lain bertujuan bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan sumbangan melalui acara ‘Charity Ride’.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk mempromosi pelancongan bermotosikal selain untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara para ahli motosikal dari seluruh pelusuk Kepulauan Borneo.

UNTUK KEBAJIKAN: Para peserta merakam kenangan semasa berkunjung ke Rumah Seri Kenangan Sibu bersama ahli-ahli Jebat Riders Borneo dalam program Charity Ride.