Anda di sini

Ramkarpal harap dapat tingkatkan majoriti undi di Bukit Gelugor

Advertisement

GEORGE TOWN: Ram-karpal Singh Deo, anak lelaki ketiga mendiang Karpal Singh, berharap dapat me-ningkatkan jumlah majoriti undi dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.

Meskipun menjangkakan saingan sengit, Ramkarpal Singh berkata beliau akan bekerja keras untuk meyakinkan pengundi di kawasan pilihan raya itu dalam usaha mempertahan-kan kerusi yang sebelum ini disandang mendiang bapanya.

“Saingan ini bukanlah mudah tetapi saya akan berusaha bersama-sama rakan dalam parti bagi memastikan kami memenangi pilihan raya kecil ini,” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil itu di Dewan Sri Pinang di sini semalam.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor, yang diadakan berikutan kematian Karpal Singh, akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara DAP dan tiga calon lain – Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua calon Bebas.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata beliau menjangkakan saingan sengit pada pilihan raya kecil ini sungguhpun Barisan Nasional (BN) tidak bertan-ding.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pula berkata BN mempunyai hak untuk tidak bertanding.

Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata dengan tidak meletakkan calon di Bukit Gelugor, BN boleh me-numpukan jentera pilihan rayanya bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, yang ditetapkan pada 31 Mei ini. — Bernama

Advertisement