Anda di sini

Pertembungan 4 penjuru di Parlimen Bukit Gelugor

Advertisement

DAP, PCM dan Bebas bakal berentap, BN tidak bertanding

GEORGE TOWN: Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini bakal menyaksikan per-tandingan empat penjuru antara calon DAP, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua calon Bebas.

Pegawai Pengurus Pili-han Raya Kecil Bukit Gelugor Kapten (B) Anuar Yahya mengumumkan bahawa Ramkarpal Singh, 38, sebagai calon DAP, Naib Presiden PCM Datuk Huan Cheng Guan, 53, mewakili parti itu manakala Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan, 46, sebagai calon Bebas.

Mohamed Nabi Bux akan menggunakan simbol bunga manakala Abu Backer Sidek simbol kuda.

Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu selepas MCA memutuskan untuk tidak bertanding.

Pengumuman itu dibuat pada jam 10.15 pagi semalam selepas proses penamaan calon tamat di pusat penamaan calon di Dewan Sri Pinang di sini.

Terdahulu, Huan menye-rahkan kertas pencalonan pada jam 9.01 pagi, manakala Mohamed Nabi Bux berbuat demikian pada jam 9.02 pagi diikuti Ramkarpal Singh pada jam 9.13 pagi dan Abu Backer Sidek pada jam 9.41 pagi.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor diada-kan berikutan kematian pe-nyandangnya Karpal Singh daripada DAP akibat nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak 17 April lepas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lepas, Karpal Singh memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi mengalahkan calon Barisan Nasional Teh Beng Yeam yang memperoleh 13,597 undi. — Bernama

Advertisement