Anda di sini

Parti Cinta Malaysia nafi jadi proksi BN

Advertisement

GEORGE TOWN: Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan, 53, menafi-kan bahawa parti itu adalah proksi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelu-gor.

“Saya hanya bertanding atas tiket PCM dan bukan proksi kepada BN,” katanya kepada pemberita selepas tamat proses penamaan calon di Dewan Sri Pinang di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada sidang akhbar di pekarangan Dewan Sri Pinang hari ini, mendakwa BN menghantar proksi untuk bertanding pada pilihan raya kecil ini.

Pada pilihan raya kecil ini, Huan akan berhadapan calon DAP, Ramkarpal Singh, 38, dan dua calon Bebas iaitu Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar, 63, dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan, 46.

Ditanya tentang harapannya pada pilihan raya kecil ini, Huan yang mengakui berdepan laluan sukar hanya berharap beliau tidak hilang wang deposit.

“Walaupun sukar tetapi kami (PCM) akan cuba sedaya upaya untuk meraih sokongan pengundi…dengan kekuatan jentera yang kecil iaitu 100 orang kami akan berkempen dari rumah ke rumah.

“Saya juga akan turun padang untuk mendekati penduduk serta mengambil tahu masalah mereka,” kata Huan.

Sementara itu, anggota PAS yang bertanding atas tiket Bebas menggunakan simbol bunga, Mohamed Nabi Bux dan seorang lagi calon Bebas yang menggunakan simbol kuda, Abu Backer Sidek berjanji untuk membantu rakyat Pulau Pinang sekiranya menang pada pilihan raya kecil ini.

“Masih ramai rakyat ne-geri ini khususnya penduduk di kawasan Parlimen Bukit Gelugor yang memerlukan khidmat saya,” kata Abu Backer Sidek, seorang pe-guam berasal dari Kampung Makam, di sini.

Mohamed Nabi Bux pula menyatakan pendirian akan memperjuangkan nasib rak-yat negeri ini. — Bernama

Advertisement