Anda di sini

Lelaki nyaris ditipu sindiket menyamar kakitangan bank

Advertisement

KUCHING: Seorang lelaki nyaris menjadi mangsa penipuan satu sindiket yang menyamar sebagai kakitangan bank.

Justeru, Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Roslan Bek Ahmad mengingatkan supaya orang ramai berwaspada terhadap mereka yang menyamar sebagai pegawai bank.

Kejadian itu bermula apabila lelaki tersebut menerima panggilan daripada kakitangan sebuah bank yang mendakwa dia (mangsa) mempunyai tunggakan kad kredit berjumlah RM12,000.

Pemanggil itu dikatakan meminta nama penuh dan nombor kad pengenalannya, selain meminta lelaki itu memasukkan wang ke dalam sebuah akaun.

“Bagaimanapun, lelaki itu enggan berbuat demikian dan memaklumkan bahawa dia tidak berpernah berhutang dengan bank berkenaan serta bimbang nama atau butiran peribadinya disalahgunakan,” katanya dalam sebuah kenyataan yang dikirimkan, semalam.

Tidak ada sebarang kerugian dilaporkan, katanya.

Dalam pada itu, Roslan mengingatkan orang ramai agar semak terus dengan bank berkenaan dan jika perlu kunjungi cawangan berhampiran untuk buat pengesahan.

“Jangan berikan butiran peribadi seperti nombor akaun, nombor kad pengenalan atau maklumat lain sekiranya diminta dan tidak perlu layan jika panggilan sama masih diterima,” katanya.

Advertisement