Anda di sini

Ulang tahun PPKS/i-CATS meriah

WARGA pelajar Kelab Serindang Seri Tari Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS/i-CATS) menyambut ulang tahun kedua di Auditorium PPKS di Kuching.

Majlis yang gilang-gemilang itu telah disempurnakan Pegawai Hal Ehwal Pelajar PPKS/i-CATS Adruce Amirol.

“Kelab ini diasaskan bagi memulihara seni tari dan warisan kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dan kini disertai 25 pelajar.

“Kelab dibimbing Clement Empaling, pensyarah PPKS/i-CATS dan telah diasaskan mantan presiden Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PPKS/i-CATS Serit Lakai yang juga selaku jurulatih kelab ini,” katanya dalam kenyataan akhbar.

Pelbagai persembahan kebudayaan yang di adakan seperti deklamasi sajak, tarian etnik, persembahan nyanyian, karaoke dan acara kemuncak adalah pertandingan Kumang dan Keling.

Majlis tersebut turut menyaksikan tetamu-tetamu  dari Persatuan Dayak Sarawak dan institut pengajian tinggi di sekitar Kuching seperti UNIMAS, UiTM, UNITAR dan Universiti Swinburne.