Anda di sini

Manfaatkan farmasi untuk dapat sumber makanan tambahan, penjagaan kesihatan

Advertisement

MIRI: Orang awam perlu memanfaatkan farmasi untuk mendapatkan sumber makanan tambahan dan penjagaan kesihatan tubuh, bukan hanya mencari rawatan semasa sakit.

Datuk Bandar Miri Lawrence Lai berkata, warga Miri bertuah kerana kemudahan farmasi di sini semakin bertambah selain menyediakan banyak sumber makanan tambahan dan penjagaan tubuh untuk kesejahteraan pengguna.

“Jadi saya galakkan warga Miri mengambil makanan tambahan dan produk kesihatan yang banyak dijual di farmasi.

“Jangan hanya semasa jatuh sakit baharulah mencari produk kesihatan atau makanan tambahan,” katanya semasa merasmikan ML Maju Pharmacy di Pusat Komersial Boulevard semalam.

Hadir sama pemilik farmasi yang juga bekas Miss Sarawak, Miss Malaysia penganjur acara tahunan Miss Global International Malaysia, Marlene Lim, Pengarah ML Maju Pharmacy Kevin Khoo dan Martin Jr Lim.

Marlene dalam ucapannya berkata, dengan moto ‘Your Partner for Healthy Living’, farmasi itu bertujuan menyediakan makanan kesihatan dan perunding kesihatan secara percuma.

“Kebanyakan produk yang dijual di sini diuji dan digunakan saya sendiri.

“Saya mahu berkongsi produk kesihatan dan pengetahuan yang saya ada mengenai kesihatan dengan pelanggan,” katanya yang mempunyai latar belakang dalam bidang farmasi.

Orang awam boleh mendapatkan produk kesihatan, makanan tambahan selain produk kecantikan di Lot 2409, Aras Bawah, Pusat Komersial Boulevard.

Advertisement