Anda di sini

Lelaki dari Johor maut kereta terbabas ke dalam parit

Advertisement

SIBU: Seorang lelaki dari Johor meninggal dunia setelah kereta yang dipandunya terbabas ke dalam parit dalam kejadian kemalangan di simpang Bawang Assan di sini.

Dalam kejadian dipercayai berlaku awal pagi semalam, mangsa yang dikenali sebagai Chin, 58, dikatakan memandu bersendirian.

Kereta yang dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 pagi.

Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala.

Polis bergegas ke tempat kejadian dan menghantar mayat mangsa ke bilik mayat sekitar jam 6.30 pagi.

Advertisement