Anda di sini

JKKK dan KRT Kpg Tupong Tengah adakan lawatan muhibah

KENANGAN BERHARGA: Amin (dua kiri) merakamkan kenangan bersama ahli-ahli JKKK dan KRT Kampung Tupong Tengah setibanya mereka di Mukah baru-baru ini.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan KRT Kampung Tupong Tengah di Kuching telah mengadakan lawatan muhibah sambil belajar di Mukah bersempena Pesta Kaul baru-baru ini.

Menurut pengerusinya KK Amin Mohd Shah, program tersebut diadakan bertujuan mengeratkan silaturahim sesama ahli dan juga ahli KRT di kawasan Mukah.

Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama di kalangan ahli-ahli yang terlibat menjayakan program tersebut.

“Alhamdulillah, program yang kami anjurkan ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Lawatan ini banyak memberi pengalaman dan kenangan manis lebih-lebih lagi kami semua dapat merasai kemeriahan Pesta Kaul. Penduduk di sini juga kebanyakannya peramah,” katanya.

Selain itu, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip, Pusat Khidmat P.194 Petra Jaya Kuching, Jabatan Perpaduan Negara dan juga UNIMAS di atas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan program berkenaan.