Anda di sini

Futsal 1Malaysia Miri dianjurkan dengan jayanya

Advertisement

TERBAIK: Juara futsal kategori lelaki yang dimenangi oleh pasukan BNG Lega Lego A.

PEJABAT Belia dan Sukan Bahagian Miri baru-baru ini telah menganjurkan Kejohanan Futsal 1Malaysia ‘Jom Ke Putrajaya’ peringkat bahagian Miri yang berlangsung di gelanggang futsal Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Miri.

Kejohanan selama tiga hari itu yang disertai pasukan-pasukan futsal belia dan remaja di sekitar bandara raya tersebut, dibahagikan kepada kategori lelaki dan wanita.

Menurut jurucakap Pejabat Belia di sini, kejohanan tersebut diadakan bertujuan meningkatkan pendayaupayaan komuniti, meningkatkan kepakaran dan kesukarelawan tempatan.

“Pada masa yang sama yang bertujuan melatih masyarakat tempatan dalam melaksanakan sukan di peringkat komuniti serta meningkatkan kemeriahan dan keberkesanan pelaksanaan program,” jelas beliau.

TIDAK KURANG HEBAT: Pasukan futsal wanita, Mixture Gold yang menjuarai kategori wanita.

Menurutnya, johan kategori lelaki dan wanita peringkat bahagian ini akan bertanding mewakili Miri ke Peringkat Negeri di Kuching dan seterusnya pemenang di peringkat negeri akan berentap di peringkat kebangsaan untuk ke pertandingan di Putrajaya.

Pertandingan akhir di Putarajaya itu kelak adalah bersempena dengan sambutan Hari Belia Negara pada bulan Mei ini.

Sementara itu, dalam pertandingan tersebut baru-baru ini, johan kategori wanita jatuh kepada pasukan Mixture Gold, manakala naib johan dimenangi Skuad 48 dan tempat ketiga jatuh kepada Standby FC.

Kategori lelaki pula dimenangi BNG Lega Lego A, naib johan pasukan BNG Lega Lego B dan tempat ketiga dimenangi pasukan Bantuan FC.

Advertisement