Anda di sini

Sungai Merah, Teku kini menjadi pusat pendidikan

Advertisement

SIBU: Pekan Sungai Merah dan Teku menjadi kawasan penempatan pertama klan Hin Hua setiba mereka di Sibu lebih 100 tahun dahulu.

Presiden Persatuan Hin Hua Pau Sen, Kaunselor So Teck Kee berkata kedua-dua kawasan terbabit kini berkembang pesat terutama dari segi pembangunan.

“Kini Sungai Merah terk­enal sebagai pusat pendidikan dan semakin maju dari segi pembangunan dan infras­truktur.

“Di samping itu, terdapat lebih 2,500 kediaman baharu di sini hampir siap dibina,” katanya pada Majlis Sambu­tan Ulang Tahun Ke-102 Persatuan Hin Hua Pau Sen, di sini malam kelmarin.

So mengingatkan ahli-ahli persatuan agar tidak menjual tanah milik mereka memand­angkan banyak pembangunan akan dilaksanakan di kawasan terbabit.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada nenek moyang mereka yang ber­pandangan jauh serta prihatin dengan masa depan generasi seterusnya.

“Kerana pandangan jauh dan keprihatinan mereka, banyak sekolah dan gereja dibina untuk manfaat generasi pada hari ini,” jelas So.

Sehingga kini, mereka membina lima buah gereja dan lima buah sekolah rendah di sekitar kawasan penem­patan di Sungai Merah dan Teku.

Acara kemuncak sambutan menyaksikan penyerahan cek bernilah RM200,000 untuk Tabung Pendidikan Persatuan Hin Hua Poh Sen serta cenderamata kepada warga emas.

Sumbangan ini diberikan oleh keluarga mendiang Lau Hong King, bekas presiden kehormat persatuan.

Sumbangan itu diserahkan oleh anak perempuan men­diang, Lau Siew Lang.

Hadir sama Penasihat Per­satuan Ling Chong Kiong, Presiden Kehormat Joseph Cheng, Penasihat Kehormat Datin Teng Kee Mee, Presi­den Gabungan Persatuan Cina Sibu Ting Huay Chie serta Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Sibu, Hu Yu Siong.

Advertisement