Anda di sini

Projek Jalan Nanga Ngungun, Nanga Jagau bakal dibina

Advertisement

KANOWIT: Penduduk di Sungai Ngemah di sini dinasihatkan supaya bersa­bar menunggu projek Jalan Nanga Ngungun-Nanga Jagau yang bakal dibina.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Alexander Vincent berkata beliau faham rakyat di ka­wasan tersebut sudah lama menunggu projek jalan raya yang akan menghubung­kan mereka ke kawasan bandar.

“Jangan marah pada kera­jaan disebabkan penduduk tidak melihat sebarang pembinaan dilakukan di tapak projek tersebut ke­tika ini.

“Projek Jalan Nanga Ngungun-Nanga Jagau akan dibina secara berper­ingkat-peringkat. Kerajaan komited membangunkan kawasan luar bandar,” ka­tanya ketika merasmikan Dewan Serbaguna SK Nanga  Ngungun di Sungai Ngemah di sini, baru-baru ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak men­gumumkan peruntukan sejumlah RM8 juta untuk pembinaan Jalan Nanga Ngungun-Nanga Jagau se­masa lawatannya ke Rumah Matthew Chuat di Nanga Tada pada Februari 2010.

“Pampasan tanah te­lah dibayar kepada pemilik tanah yang terlibat dalam projek jalan raya tersebut tahun lalu.

“Apabila siap, jalan terse­but memberi manfaat kepa­da kira-kira 3,000 penduduk di Nanga Jagau dan rumah panjang di sepanjang Sungai Ngemah masih menggu­nakan pengangkutan sun­gai sebagai pengangkutan utama,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Alexander berkata Jabatan Tanah dan Survei (JTS) telah mengenal pasti dua buah rumah panjang di Ngemah Ili dan Ngemah Tengah bagi mengadakan sesi dialog dengan pen­duduk mengenai perkara-perkara berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Sementara itu, bercakap mengenai Dewan Serba­guna SK Nanga Ngungun, beliau memberitahu ia siap dengan kos RM50,000 dan memuji Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut atas usaha mereka membina dewan itu secara gotong-royong.

Pada majlis sama, Al­exander menyampaikan sebanyak 40 unit Komputer Riba 1Malaysia (KR1M) yang disumbangkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Beliau kemudian men­gumumkan peruntukan sejumlah RM15,000 untuk PIBG SK Nanga Ngun­gun.

Hadir sama Guru Besar SK Nanga Ngungun Bun­dong Nibong, Pengetua SMK Nanga Dap Etam Linggie, Pengetua SMK Sedaya Ambrose Jarit, Pega­wai Penerangan Daerah Kanowit Wan Mohd Zuki Wan Ismail, Penyelaras Jabatan Hal Ehwal Khas Sarawak (JASA) Ngemah, Jelani Ajang dan Yang Dipertua PIBG SK Nangan Ngungun, Kaunselor Tuai Rumah Lakun Laga.

Advertisement