Anda di sini

Pelbagai aktiviti sempena penutupan program RELA

Advertisement

DARO: Pelbagai aktiviti dian­jurkan sempena dengan majlis penutup Program Pengenalan Asas Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA) Siri 1/2014 di Daro, baru-baru ini.

Aktiviti ini termasuk ek­spo mini, gerai pameran, pertandingan bot laju, jetski dan menyumpit.

Acara kemuncak pertand­ingan bot laju dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Murni Suhaili.

Pertandingan berlangsung di perairan pekan Daro ber­jaya menarik perhatian lebih 1,500 orang menyaksikan perlumbaan tersebut.

Dalam ucapannya, Murni berkata program anjuran RELA itu amat penting dalam merapatkan hubungan dan perpaduan penduduk di sini.

Katanya, dengan penduduk pelbagai latar belakang, ag­ama dan kaum program itu dilihat berjaya merapatkan hubungan selain memperk­enalkan Daro kepada orang luar.

“Kita amat berterima kasih kepada RELA kerana memainkan peranan aktif dalam menganjurkan pro­gram latihan di kawasan ini.

“Pada masa sama, turut dianjurkan juga program ke­masyarakatan serta pelbagai pertandingan yang terbuka kepada semua lapisan masyar­akat,” kata Murni.

Pada majlis sama, turut berlangsung majlis penyam­paian penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam operasi menyelamat bot ka­ram di Batang Lassa pada 18 Januari lalu.

Hadir sama Pengarah RELA Negeri Rini Tupong, Pegawai RELA Daerah Daro Amran Badong, Ketua Polis Daro P/DSP Wanger Lisa Libut serta yang lain.

Advertisement