Anda di sini

AirAsia terus penuhi impian dengan kempen #noweveryonecanfly, sempena operasi di klia2

Advertisement

SEPANG: Bersempena dengan permulaan operasi AirAsia di klia2, pihak pengurusan AirAsia telah menganjurkan satu kempen di Twitter yang dipanggil #noweveryonecanfly.

Kempen tersebut telah dianjurkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar (pegangan Twitter: @aireenomar) dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani (@azranosmanrani), yang meminta orang ramai untuk mencalonkan rakan-rakan atau ahli keluarga yang tidak pernah menaiki penerbangan dan memberikan sebab terbaik kenapa mereka berhak untuk terbang bersama AirAsia dan AirAsia X dari klia2 yang baharu.

Dalam masa yang singkat selepas kempen itu dilancarkan, 300 tweet pencalonan telah diterima dan sejumlah lapan tweet terbaik telah dipilih sebagai pemenang.

Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada para pemenang pada Majlis Penyampaian Hadiah di Pejabat Sementara AirAsia di Aras 2, Gateway klia2 oleh Aireen dan Azran, yang juga bertanggungjawab memilih para pemenang.

Para pemenang menerima penerbangan pergi balik untuk dua orang ke destinasi AirAsia atau AirAsia X dengan surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang berbayar, termasuk peruntukan bagasi 20kg. Juga disampaikan ialah barangan AirAsia, keahli-an BIG Shot dengan 500 mata, penginapan di Tune Hotel (destinasi domestik di Malaysia) dan sijil eksklusif untuk mengabadikan detik kemenangan tersebut.

Salah seorang peserta, yang menggunakan pegangan Twitter ‘Zarul22’, telah menghantar tweet berikut yang mencalonkan bapa suadaranya, yang juga merupakan seorang OKU: #noweveryonecanfly Someone close to me. He can only sit for the rest of his life. Opportunity to feel different perspective in his life. (Seseorang yang rapat kepada saya. Dia hanya boleh duduk sepanjang hayatnya. Ini peluang untuk beliau untuk menikmati perspektif hidup yang berbeza).

AirAsia bangga memenuhi impian beliau dan janji ‘Kini Sesiapapun Boleh Terbang’.

AirAsia memulakan operasi secara rasmi di klia2 semalam, dengan penerbangan AK 122 dari Kuala Lumpur ke Guangzhou menjadi penerbangan pertama berlepas dari terminal baharu tersebut pada jam 5.35 pagi.

AirAsia mengucapkan selamat tinggal kepada Terminal Penerbangan Tambang Rendah (LCCT) kelmarin, di mana syarikat penerbangan itu telah beroperasi sejak lapan tahun yang lalu, dengan melepaskan penerbangan terakhir dari Kuala Lumpur ke Kolkata pada jam 11 malam. Penerbangan AirAsia X ke Jeddah merupakan penerbangan terakhir syarikat penerbangan jarak jauh itu, dengan penerbangan D7 170 berlepas dari LCCT pada jam 2.35 pagi.

Bermula 9 Mei 2014, seramai 3,550 kakitangan operasi AirAsia dan 70 pesawat akan ditempatkan di klia2. Syarikat penerbangan itu telah berope-rasi melalui LCCT selama lapan tahun sejak 2006.

Ikuti AirAsia di Twitter (www.twitter.com/AirAsia) dan Facebook (www.facebook.com/AirAsia) untuk mengetahui perkembangan mengenai promosi, aktiviti dan berita terbaru AirAsia.

Advertisement