Anda di sini

Tiga kawasan anjur Program MEMBARA di Batang Lupar

Oleh Kelvin Lambai //

SELESAI: Zaidel (berdiri tengah, baju biru) merakamkan gambar kenangan bersama dengan penduduk Maludam.

JABATAN Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak Bahagian Sri Aman telah menganjurkan Pr o g r am MEMBARA Gotong-Royong Batang Lupar di tiga tempat berbeza di Sri Aman baru-baru ini.

Tiga kawasan yang telah dipilih sebagai tempat penganjuran program berkenaan ialah Gereja Saint Barnabas, Surau Darul Islah Kampung Hulu Meludam dan Surau Kebahagiaan Kampung Hilir Sri Aman.

Pegawai JASA Bahagian Sri Aman bagi kawasan Batang Lupar, Zaidel Ripin ketika ditemui berkata, program yang dianjurkan ini merupakan salah satu program bulanan JASA Batang Lupar.

BERGANDING BAHU: Zaidel bersama-sama penduduk Maludam mengecat Surau Darul Islah.

 Menurutnya, program ini mampu mendekatkan jabatan dengan masyarakat yang terlibat di samping menjadi platform wakil rakyat untuk turun padang.

Majlis pelancaran program telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri di Surau Kebahagiaan, Kampung Hilir.

Turut serta pada program berkenaan ialah Pemanca Mas Shamsiah Maslem serta Penghulu Abang Mohd Salleh Abang Mohd Kawi.

 

GOTONG-ROYONG: Penduduk Kampung Hulu Maludam bergotong-royong membersih dan mengecat Surau Darul Islah.

KERJASAMA: Simoi (tengah), Zaidel (berdiri, lima kiri) bergambar bersama-sama dengan penduduk Kampung Hilir.

 

BUAT KENANGAN: Pengerusi Jawatankuasa Gereja Saint Barnabas (empat kanan)
menyampaikan cenderahati kepada Zaidel sambil diperhatikan penduduk lain.

TURUN PADANG: Simoi mengecat dinding Surau Kebahagiaan Kampung Hilir sambil diperhatikan oleh Mas Shamsiah (kiri) serta penduduk lain.

MEMASAK: Golongan wanita di Kampung Maludam menyediakan jamuan kepada peserta program gotong-royong.