Anda di sini

Ruang ‘kaum’ dalam borang tiada nilai tambah digugurkan

Advertisement

PUTRAJAYA: Kabinet semalam memutuskan ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan yang tiada nilai tambah digugurkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun.

Bercakap dalam sidang media di sini, beliau berkata kerajaan menilai setiap kewajaran sebelum memutuskan menggugurkan ruang kaum dalam borang rasmi kerajaan.

“Berdasarkan trend, kita memang nak menggugurkan ruang kaum dalam borang tetapi bukan sekarang. Ia akan dilaksanakan kemudian secara perlahan-lahan.

“Buat masa ini, kita meng-ambil langkah gugurkan yang tiada nilai tambah sahaja,” katanya, sambil memberikan contoh borang seperti permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Skim Pinjaman Perumahan untuk golongan berpendapatan rendah.

Terdapat lebih 120 borang rasmi kerajaan yang telah menggugurkan ruang kaum sehingga kini.

Entulu berkata terdapat tiga kategori borang yang masih mengekalkan maklumat identiti kaum kerana ia berkaitan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bagi memelihara kedudukan dan kepentingan sah kaum-kaum di Malaysia.

Bagi kategori kedua pula maklumat identiti kaum diperlukan untuk meme-nuhi keperluan perundangan seperti perundangan tanah, pendidikan, perniagaan dan kaedah-kaedah diwartakan di bawah semua akta, katanya.

Kategori ketiga, maklumat kaum diperlukan bagi tujuan penyelidikan dan perancangan antaranya mengenai kawalan penyakit, penambahbaikan pendidikan, kaji-an demografi penduduk dan perancangan kemudahan dan pembangunan, katanya. — Bernama

Advertisement