Anda di sini

10 pelatih tamat kursus kecantikan Roses Hair & Beauty Studio

Advertisement

ILMU: Rose bergambar bersama pelatihnya selepas tamat kursus kecantikan.

SERAMAI 10 orang pelatih berjaya menamatkan kursus dandanan rambut, kecantikan, rawatan muka dan badan anjuran Roses Hair & Beauty Studio, Bridal Boutique & Academy di Sibu, baru-baru ini.

Kursus selama tiga hari itu disertai oleh golongan wanita bekerjaya dari bahagian ini termasuk daerah Kapit.

Majlis penyampaian sijil tamat kursus disempurnakan oleh Pengetua Roses Hair & Beauty Studio, Bridal Boutique & Academy Rose Chukan.

Sementara itu, Rose memberitahu bahawa pusatnya akan menawarkan harga diskaun sebanyak 20 hingga 30 peratus bagi mereka yang berminat untuk berlatih di pusatnya dalam bidang dandanan rambut dan sebagainya sehingga hujung bulan ini.

“Sesiapa yang berminat menyertai kursus kami boleh mendaftar sehingga hujung bulan ini atau selepas Hari Gawai bagi menikmati harga yuran terendah,” katanya.

Dalam pada itu, Rose memberitahu bahawa pusatnya turut menawarkan khidmat rawatan kecantikan muka, melangsingkan badan (membuang lemak) dan mengurut badan dengan menggunakan teknologi terkini serta cara tradisional.

MELANGSINGKAN BADAN: Rose (kiri) serta kakitangannya bersama pelanggan yang melangsingkan badan.

“Selain itu, pada sambutan Hari Gawai ini kami turut menerima tempahan baju seperti Fesyen Kontemporari yang terdiri daripada fesyen Pua Kumbu/Sulam bagi tujuan sewa, jual dan tempahan baharu,” jelasnya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila kunjungi premis Roses Hair & Beauty Studio, Bridal Boutique & Academy bertempat di Tingkat 1, Lorong Seduan 6, Jalan Teku, Sungai Merah, Sibu.

Orang ramai juga boleh menghubunginya melalui [email protected], Facebook Tampak Pegari Fesyen/Roses Fun Page atau di talian 013-8313990.  

Advertisement