Anda di sini

tHe Spring’s Live Active Run kembali lagi

Advertisement

MARI SERTAI: Erwin (berdiri lima kanan) bersama penganjur serta penaja menunjukkan tanda bagus dan mengalu-alukan penyertaan orang ramai tHe Spring’s Live Active Run 2014 pada 15 Jun depan di tHe Spring, Kuching.

KUCHING: Larian komuniti terbesar Kuching, tHe Spring’s Live Active Run kembali lagi pada 15 Jun ini dengan satu kategori baharu iaitu 21 kilometer (km) Ekiden Relay selain tiga acara tetap sebelum ini.

Pengurus Acaranya, Erwin Chung berkata Ekiden Riley melibatkan empat orang anggota setiap kumpulan bertanding secara bergilir-gilir melengkapkan perlumbaan dengan laluan sejauh 21 km.

“Syaratnya setiap pasukan mesti memiliki sekurangkurangnya seorang anggota lelaki atau wanita dan kerjasama pasukan dan strategi merupakan kunci kemenangan perlumbaan ini pasti mengujakan,” katanya pada sidang media program tersebut di pusat beli-belah tHe Spring di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Erwin memberitahu tiga kategori lain yang menunjukkan penyertaan menggalakkan setiap tahun ialah 21 km half marathon (lelaki dan wanita), 10 km run (lelaki dan wanita) serta 5 km fun run (lelaki dan wanita).

“Pada tahun ini, pelari akan bertanding bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai lebih RM30,000.

“Bukan itu sahaja, semua peserta (tidak termasuk kategori 5 km) bakal menerima medal khas diperbuat daripada aloi zink bagi menambahkan semangat mereka.

“Selain itu, setiap peserta akan diberikan beg barangan dipenuhi dengan T-shirt runner edisi terhad, baucar dan pelbagai barangan,” ujarnya.

Di samping bergembira, sebagai sumbangan kembali kepada masyarakat tHe Spring’s Live Active Run 2014 menyasarkan kutipan dana sekurang-kurangnya RM45,000 untuk tiga badan amal di Sarawak iaitu Sarawak Hospice Society, Habitat For Humanity dan Kumpulan Sokongan Kanser Payu Dara Sarawak (SBCSG).

“Sejajar dengan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014, larian komuniti ini pastinya dapat memberi sumbangan positif dalam menarik lebih ramai pelancong asing serta negara jiran untuk merasai dan melihat sendiri keindahan bandar raya ini semasa larian dan laluan yang dilalui.

“Objektif kita juga adalah kita ingin mempromosi gaya hidup sihat serta mengeratkan hubungan antara keluarga serta rakan-rakan bersama menyertai larian ini,” katanya juga pasti menjadi pengalaman tidak dapat dilupakan kerana tarikh larian ini jatuh pada ‘Hari Bapa’.

Erwin berkata, pihaknya juga tidak melupakan kanakkanak melalui acara satu km Kids Dash terbuka kepada kanak-kanak lelaki dan wanita berusia 7 hingga 12 tahun.

“Bagi ibu bapa, bawalah anak-anak menyertai acara bukan pertandingan ini dan berseronoklah menyambut Hari Bapa dan menerapkan gaya hidup sihat sejak kecil kepada mereka.

“Mereka juga akan diberikan sijil penyertaan, medal serta T-shirt, BIB dan beg barangan,” katanya.

Erwin memberitahu, acara ini tidak berjaya tanpa bantuan dan sumbangan penaja iaitu Level Up Fitness sebagai pusat kecergasan rasmi, Coneli Sports (penampilan rasmi), Brooks (kasut rasmi) dan 100 Plus (minuman rasmi) selain Kensio Tape dan ramai lagi.

“Selain itu, Up Fitness turut mengadakan latihan khas kepada peserta bagi kategori 21 km.

“Lebih menarik, ahli gym juga boleh mendaftar untuk larian dengan harga istimewa yang mana pembelian bersama minimum sepuluh orang juga mendapat harga istimewa,” jelasnya mereka berminat boleh menghubungi A&P Departmen di talian 082- 238111.

Menurutnya, pihak sekolah termasuk institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negeri ini turut dialu-alukan menyertai acara larian komuniti ini dan sekiranya mendapat penyertaan lebih daripada 50 orang peserta sekolah atau IPT tersebut akan diberikan sijil penghargaan.

Erwin turut menggesa orang ramai yang masih belum mendaftar untuk mendaftar sekarang dan tarikh tutup pendaftaran pada 11 Mei (Ahad).

“Jangan tunggu lagi, daftarlah sekarang dan jadilah sebahagian daripada komuniti Kuching yang membuat perubahan! “Bawa keluarga dan rakanrakan bersama dan cabarlah diri anda kerana anda bukan hanya mendapat tubuh badan yang sihat dan cergas, tetapi anda juga menyokong dengan beramal,” katanya.

Untuk pertanyaan lanjut, lawati www.liveactiverun. com atau www.thespring. com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan kami 082-238222.

 

Advertisement