Anda di sini

Pesta Kaul Mukah terus mewarnai Taman Kala Dana

Advertisement

Oleh Nicklos Louis Kaderi

PERARAKAN: Orang ramai di Mukah berarak untuk meraikan upacara kaul.

TAMAN Kala Dana di Mukah dibanjiri oleh ramai orang yang bertandang untuk menyaksikan keunikan Pesta Kaul yang disambut oleh kaum Melanau setiap tahun.

Pesta Kaul diamalkan sejak turun-temurun dengan tujuan untuk menyampaikan kesyukuran atas limpahan rezeki dari laut dan darat selain memohon kesejahteraan hidup masyarakat Melanau.

Sementara itu, upacara pemujaan tradisional Melanau Mukah terhadap  penunggu laut dan darat agar dimurahkan rezeki dan dijauhi malapetaka lazimnya diadakan pada penghujung bulan ‘pengejin’ atau bulan Februari.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena Pesta Kaul Mukah kali ini termasuklah pameran warisan, permainan tradisional dan banyak lagi acara lain.

Pesta Kaul kali ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem.

PARUT ‘BALAU’: Memarut balau atau rumbia adalah salah satu kaedah orang Melanau untuk mendapatkan sagu.

MENIKMATI HIDANGAN: Adenan bersama tetamu kehormat yang lain menikmati jamuan yang disediakan sempena Pesta Kaul Mukah.

PERSEMBAHAN: Tarian tadisional tidak ketinggalan menyerikan setiap sambutan kaul.

 

 

Advertisement