Anda di sini

Cabaran negara saingan Kelayakan Akhir Piala Fed Remaja Asia/ Oceania hambar

Advertisement

KUCHING: Cabaran negara dalam saingan Kelayakan Akhir Piala Fed Remaja Asia/Oceania 2014 terus hambar setelah sekali lagi tewas 0-3, kali ini di tangan Indonesia pada perlawanan yang berlangsung di gelanggang Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) di sini semalam.

Kelmarin, Malaysia tunduk 0-3 pada perlawanan pembukaan per ingkat kumpulan B di tangan pilihan kedua Taiwan.

Pada saingan kedua semalam, Malaysia tewas dalam perlawanan perseorangan pertama setelah Yus Syazlin Nabila Yusri tunduk di tangan lawannya dengan 6-1, 6-0.

Rakan sepasukannya Loo Shi Pei turut menerima nasib serupa, tunduk 6-1, 6-1.

Aksi hambar negara berterusan dalam saingan beregu dengan gandingan Nabila-Loo tewas 6-4, 6-2 di tangan pemain Indonesia.

Kekalahan semalam meletakkan kontinjen negara di tangga tercorot dalam saingan Kumpulan B.

Mereka akan meneruskan cabaran dengan menentang Kazakhstan hari ini.

 

Advertisement