Anda di sini

Sarawak B14 tewas, Sarawak B17 seri

Advertisement

KUCHING: Pasukan Sarawak B14 dan B17 yang beraksi dalam Liga KPM masingmasing mencatatkan keputusan seri dan kalah kepada Perlis B14 dan B17 di sini.

Sarawak B14 gagal memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri, SMK Tabuan Jaya apabila tewas 2-3 kepada Perlis B14.

Manakala Sarawak B17 pula berjaya meraih satu mata apabila terikat 1-1 dengan Perlis B17.

Jurulatih Sarawak, Resa Billie berkata pemain keduadua pasukan sudah beraksi dengan baik.

“Saya tidak kesal dengan persembahan pemain. Apa yang perlu sekarang adalah untuk menumpukan perhatian kepada perlawanan akan datang,” katanya.

Biarpun hanya melakar keputusan seri, Sarawak B17 kini melonjak ke tangga kedua liga manakala skuad B14 menghuni tangga keenam daripada 10 pasukan bertanding.

“Kita boleh lihat, skuad B14 berada di kedududkan keenam liga… namun kutipan mata setiap pasukan agak rapat.

“Kita yakin pasukan ini (B14) dapat menamatkan liga pada kedudukan terbaik,” katanya.

Sarawak B14 akan bertemu Pahang B14 di gelanggang lawan minggu ini.

Advertisement