Anda di sini

Poyut Son unggul, julang piala Petanque Terbuka Bintulu Siri Ke-2

Advertisement

BINTULU: Pasukan Poyut Son dari Bintulu unggul apabila muncul juara Kejohanan Petanque Terbuka Bintulu Siri Ke-2 setelah mengenepikan 50 pasukan pencabar dari seluruh Sarawak dan Brunei Darussalam di kawasan parkir kenderaan Kelab Kidurong semalam.

Dengan kemenangan itu melayakkan Poyut Son membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200, piala pusingan dan piala iringan.

Manakala naib juara disandang Brunei 3 dari negara Brunei Darussalam yang membolehkan pasukan itu membawa pulang hadiah wang tunai RM800 dan piala iringan.

Diikuti tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi Bintangor D dari Bintangor dan PPBB 4 (Bintulu).

Kedua-duanya menerima hadiah wang tunai RM600 serta piala iringan dan RM200 serta pingat.

Hadiah-hadiah pemenang disampaikan Presiden Persatuan Petanque Bahagian Bintulu (PBB) yang juga penaung kejohanan, Shamsuddin Abdul Razak.

Kejohanan anjuran PPBB itu diadakan sejak kelmarin dan berakhir semalam disertai oleh 51 pasukan dan Kuching menghantar satu pasukan, Bintangor (empat pasukan), Sarikei (2), Sibu (2), Saratok (2), Miri(10), Brunei (3) dan Bintulu (27).

Advertisement