Anda di sini

Natural Image Art Studio juara Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia 2014

Advertisement

KUCHING: Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia 2014 anjuran Jabatan Penerangan Bahagian Kuching Samarahan disertai seramai empat sekolah dari bahagian Kuching dan Samarahan kelmarin.

Tujuan pertandingan diadakan adalah bagi meningkatkan pengetahuan dan semangat patriotik di kalangan masyarakat selain merupakan kaedah dalam menyampaikan maklumat dan dasar kerajaan kepada orang ramai.

Pada masa sama, ia juga bertujuan mencapai gagasan 1Malaysia bagi menyatupadukan semua kaum yang terlibat.

Pertandingan itu terbuka kepada mereka yang berumur 18 hingga 45 tahun dan hendaklah warganegara Malaysia.

Tajuk pengisahan yang dipertandingkan berkaitan dengan dasar kerajaan, kejayaan negara serta kisah tokoh yang diberi pengiktirafan di peringkat negeri atau kebangsaan.

Pertandingan itu disertai kumpulan Cahaya Lestari daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Jaya, Generasi Gading (SMK Lundu), Natural Image Art Studio dan kumpulan Gading.

Johan pertandingan berjaya dirangkul oleh kumpulan Natural Image Art Studio yang menyampaikan pengisahan bertajuk ‘Surat Terakhir Si Anak Wali Bumi Kenyalang’ sekali gus membawa pulang wang tunai RM200 serta hadiah tambahan.

Hadir sama Pegawai Penerangan Bahagian Kuching dan Samarahan Aziz Abdul Rahman dan Pegawai Penerangan Bahagian Samarahan Aris Hipni.

Advertisement