Anda di sini

Jom sertai futsal Pra-Gawai

Advertisement

MIRI: City Sports Miri mempelawa pasukan futsal menyertai Pertandingan Pra- Gawai Futsal 2014 berlangsung di Stadium Tertutup Miri, di sini pada 15 hingga 18 Mei ini.

Penganjurnya, Lee Joon Siong berkata pertandingan itu terbuka kepada semua pasukan futsal sekitar Miri, Bekenu, Kuala Baram dan Batu Niah dengan penyertaan terhad kepada 64 pasukan.

Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu kategori lelaki terbuka dan wanita terbuka dengan yuran penyertaan masing-masing RM150 untuk setiap pasukan.

Tarikh tutup penyertaan ditetapkan pada 12 Mei ini serta cabutan undi dibuat pada 13 Mei, jam 5.30 petang.

Juara menerima wang tunai RM1,000, piala dan medal manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing menerima RM500 dan RM300 serta piala.

Bagi kategori wanita, juara, naib juara dan tempat ketiga menerima RM400, RM300 dan RM200 berserta piala dan medal iringan.

Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi penganjur di talian 012-8041199 atau 085- 422333.

Advertisement