Anda di sini

Barang kemas, wang hampir RM70,000 dilarikan perompak

Advertisement

KUCHING:  Pasangan warga emas terpaksa berputih mata apabila barang kemas dan wang simpanan hasil titik peluh yang bernilai hampir RM70,000 lesap dilarikan perompak.

Kejadian itu dimaklumkan kepada anak pasangan berkenaan, setelah si ibu menyedari kediaman mereka di Batu 4 1/2 Jalan Penrissen di sini, dipecah masuk perompak kelmarin.

Perompak dipercayai telah masuk ke rumah berkenaan melalui pintu dapur, berdasarkan kesan rosak pada pintu berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jika perompak turut melarikan beberapa barangan lain.

Anak mangsa yang berusia dalam lewat 20-an kemudian membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Dalam kes berasingan, seorang penganggur mengalami kerugian lebih RM3,000 apabila kediamannya di Jalan Demak Laut, di sini dipecah masuk pencuri semasa ketiadaannya, juga pada Ahad.

Menurut sumber, mangsa menyedari insiden itu setelah tiba di rumah dan mendapati tingkat rumah dibuka secara paksa.

Antara barangan yang dilarikan termasuk komputer riba, tablet, dan sejumlah wang.

Polis sedang menyiasat.

Advertisement