Anda di sini

Alexender, Mokhtar tepati ramalan awal

Advertisement

MUKAH: Alexender Morshidi dan Mokhtar Morshidi dari pasukan Gargoyles KM menepati ramalan muncul juara Pertandingan Dart Tertutup Mukah anjuran Kelas Maju Darters & Hot Perfume, di sini.

Pasangan itu menewaskan pemain senior handalan, Madian Don dan Mohd Dave dari pasukan Wak pada perlawanan akhir sengit petang kelmarin.

Kedua-dua finalis saling seri sehingga permainan ketiga dalam perlawanan ‘base on five legs’, apabila Alexander dan Mokhtar berada dalam prestasi terbaik termasuk membuat balingan maksimum 180 mata pada suatu ketika, tatkala Dave dan Madian pula mengekalkan konsistensi masing-masing.

Begitupun, pengalaman serta kekerapan Alexander dan Mokhtar bermain di luar Mukah termasuk di peringkat negeri memberi kelebihan kepada mereka memenangi peringkat final penuh bergaya.

“Saya tidak gentar, malah yakin boleh memenangi pertandingan akhir ini,” kata Alexander yang muncul johan Hills-Saddam Trophy di Kuching dalam kategori perseorangan, awal April lalu.

Tempat ketiga bersama dimenangi oleh pasukan Pengasus diwakili Ajut Hazizi dan An’B(Aiman dan Ben).

Juara membawa pulang RM500, hamper produk Hot Perfume bernilai RM150 kepada juara, naib juara RM300, produk Hot Perfume (bernilai RM100) dan ketiga bersama RM100, produk Hot Perfume (RM50).

Hadiah pertama disampaikan tetamu jemputan, Kapitan Ah Seng, hadiah kedua disampaikan penaja utama pertandingan, Selori Tambi dan ketiga disampaikan bersama tuan rumah, Laberi Pade.

Sebanyak 32 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan julung kali diadakan di Pukok Garden, bandar baharu Mukah.

Advertisement