Anda di sini

Sejumlah RM3,000 disumbangkan kepada Kelab Badminton Matu

Advertisement

MATU: Sejumlah RM3,000 disumbangkan kepada Kelab Badminton Matu (KBM), semalam.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abu Seman Jahwie berkata suntikan dana tersebut adalah untuk memberi peluang kepada KBM pelbagai aktiviti mereka tahun ini.

“Sudah sampai masanya, KBM bersikap lebih terbuka. Mungkin mereka boleh dapatkan pandangan daripada orang-orang di luar badan itu mempunyai pengetahuan atau kepakaran.

“Bila semua orang yang sayangkan badminton dan pakar dalam sukan berkumpul, sudah tentu akan membawa perbezaan,” katanya pada Majlis penyampaian sumbangan di Stadium Badminton Matu, semalam.

Sehubungan itu, Abu Seman berkata perkembangan badminton Matu ketika ini begitu menggalakkan dan berharap dapat melakukan sesuatu untuk membantu meningkatkan imej sukan berkenaan.

“KBM menaungi pemain- pemain mampu bergerak secara profesional dan mencipta nama di peringkat lebih tinggi.

“Ia bertujuan menarik penyertaan masyarakat terutama golongan muda dalam aktiviti lebih sihat,” katanya.

KBM satu–satunya kelab masih aktif menganjurkan kejohanan badminton di Matu.

Advertisement