Anda di sini

Pasukan dipelawa sertai Pertandingan Bola Sepak Liga ‘S’

Advertisement

SARIKEI: Persatuan Bola Sepak Bahagian Sarikei dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) akan menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Liga ‘S.’

Ia merupakan aktiviti tahunan Persatuan Bola Sepak Bahagian Sarikei dalam usaha merancakkan arena bola sepak di bahagian ini.

Pihak persatuan juga menggunakan pertandingan itu untuk memilih para pemain mewakili Bahagian Sarikei pada pertandingan bola sepak Piala Sarawak 2014.

Bagi yang berminat untuk mengambil bahagian, penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan dari jabatan kerajaan, kelab bola sepak di Bahagian Sarikei dan bahagian sekitarnya.

Yuran bagi setiap pasukanialah RM500.

Borang penyertaan harus dihantar kepada pihak jawatankuasa pengelola sebelum jam 2.30 petang, 9 Mei.

Pada hari sama, mesyuarat pengurus pasukan akan dilangsungkan di Bilik Mesyuarat Kementerian Pembangunan Sosial (KPS) Sarikei bagi menentukan jadual perlawanan.

Tarikh perlawanan awal dan seterusnya akan ditentukan pada mesyuarat itu nanti.

Bagi pertanyaan lanjut dan mendapatkan borang penyertaan, pasukan yang berminat boleh menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Bahagian Sarikei, Abang Zaini Abang Ismail menerusi talian 084-651426 atau 014-8832372 pada waktu pejabat.

Advertisement