Anda di sini

Saza United dan Real Tugau buka tirai Liga MuFA 2014 petang ini

Advertisement

MUKAH: Pasukan Saza Unit­ed dan Real Tugau akan mem­buka tirai perlawanan Liga MuFA 2014 pada jam 4 petang ini di padang Mesra Mukah.

Pasukan-pasukan yang tersenarai disahkan menyer­tai Liga MuFA kali ini ialah PSKPP Mukah, Real Tugau, Aludaya, Sarawak Coal, IPD – M, Saza United, Landas Mukah, B.B TELLIAN Days, MKKS FC, Dalat.Com, Nafas E10, Press Metal , Yaza Unit­ed, dan Laan United.

Ahli jawatankuasa pengan­jur Liga MuFA Ahad Damit memberitahu sebanyak 16 pasukan akan berentap bagi merebut kejuaraan pada kali ini.

Liga MuFA bertujuan untuk mempersiapkan pasukan-pasukan Mukah ke Kejohanan Bola Sepak Liga Juara-Juara peringkat negeri nanti.

Sementara itu, Liga MuFA menjanjikan hadiah wang tunai, piala pusingan, piala iringan dan medal untuk pasu­kan yang berjaya menduduki gelaran juara hingga tampat ketiga bersama.

Selain itu, anugerah gelaran Fair Play, Pemain Terbaik Perlawanan akhir dan pen­jaring terbanyak turut dise­diakan.

Juara akan menerima hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan dan pingat.

Naib juara menerima RM3,000, piala dan pingat, manakala dua pasukan yang menduduki tempat ketiga bersama menerima RM1,000, piala dan pingat bagi setiap pasukan.

Anugerah Fair Play pula menyediakan hadiah wang tunai RM300, manakala Pe­main Terbaik dan Penjaring Terbanyak disediakan dengan habuan wang tunai RM200 setiap seorang.

 

Advertisement