Anda di sini

Panik terkunci di dalam bilik ATM, lelaki pecahkan pintu kaca

Advertisement

GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang panik selepas ‘terkunci’ di dalam bilik mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Tanjung Bungah di sini nekad menendang dan memecahkan pintu kaca premis berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata rakaman kamera litar tertutup mendapati lelaki itu masuk ke premis berkenaan pada jam  2 pagi untuk mengeluarkan wang bagaimanapun mesin ATM itu tidak berfungsi.

“Lelaki itu kemudian cuba keluar bagaimanapun pintu bilik ATM itu pula mengalami masalah teknikal dan tertutup secara automatik. Tiada unsur jenayah dalam kes ini,” kata-nya ketika dihubungi.

Beliau berkata tiada kehilangan wang dilaporkan dan lelaki itu terperangkap kira-kira 10 minit sebelum memecahkan pintu ber-kenaan dan beredar keluar. — Bernama

Advertisement