Anda di sini

Dirogol angkara kenalan Wechat

Advertisement

TAKSUB dengan aplikasi WeChat menyebabkan seorang remaja perempuan mendakwa dirogol selepas berkenalan kurang daripada 24 jam dengan seorang lelaki, kelmarin.

Menurut sumber, mangsa yang berusia 15 tahun baharu berkenalan melalui WeChat dengan suspek yang terus mengajaknya bersiar-siar di pusat bandar raya Kuching.

Bersetuju dengan pelawaan tersebut, mangsa dibawa suspek bermalam di sebuah hotel bajet di Jalan Abell di mana mangsa dipercayai dirogol oleh suspek.

Mangsa kemudian dikatakan tidak pulang ke rumahnya menyebabkan keluarganya terpaksa membuat laporan polis pada hari berikutnya.

“Mangsa hanya dihantar pulang pada hari Khamis (1 Mei) lepas, di mana mangsa telah menceritakan semua yang berlaku kepada keluarganya,” kata sumber.

Mangsa dengan diiringi keluarganya kemudian tampil membuat laporan polis berhubung kejadian sebelum dia dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan.

 

Advertisement