Anda di sini

Program ‘Rakan Fish’ tingkatkan pendapatan nelayan

Advertisement

KOTA BAHARU: Program ‘Rakan Fish’ diperkenalkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) lebih setahun lalu telah berjaya meningkatkan pendapatan nelayan di negara ini sehingga 30 peratus.

Ketua Cawangan Pen-gembangan Teknologi Perikanan LKIM Zawawi Ali berkata, peningkatan pendapatan itu adalah ha-sil pengurangan kegiatan pencerobohan yang di-lakukan pemilik-pemilik bot tempatan di perairan pinggir pantai.

“Mereka memantau kawasan masing-masing dengan segala aktiviti yang boleh mengganggu, menceroboh atau melanggar peraturan di kawasan mereka terutama yang melibatkan pengurusan sumber dan ekosistem perikanan.

“Nelayan juga tidak perlu pergi lebih jauh untuk men-dapatkan hasil tangkapan dan ini menjimatkan bahan api dan memberi lebih keuntungan kepada mereka,” katanya kepada pemberita pada majlis pengagihan 20 unit Radio Amatur kepada nelayan di sini, semalam.

Radio itu bagi tujuan ko-munikasi dan melancarkan kerja dan aktiviti seharian mereka.

Zawawi berkata pihaknya juga sedang mengadakan penelitian bagi memperluas peranan komuniti nelayan untuk kepentingan mereka.

“Kita sedang mengkaji peranan golongan komuniti nelayan ini untuk diperkembangkan lagi, bukan sahaja berperanan sebagai mencegah kegiatan pencerobohan tetapi juga boleh menjaga kebajikan nelayan dengan mengadakan pemantauan ekosistem setempat secara menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 20 kumpulan iaitu kira-kira 1,000 nelayan telah menyertai ‘Rakan Fish’ sejak diper-kenalkan.

“Manakala di Kelantan se-ramai 330 nelayan menyertai program ini yang melibatkan empat kumpulan dan setiap kumpulan terdiri dari-pada sekurang-kurangnya 10 orang,” katanya.

Zawawi berkata, pihaknya menyasarkan 100,000 nelayan di negara ini akan menyertai program ‘Rakan Fish’. — Bernama

Advertisement