Anda di sini

Muhyiddin dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba Kehormat

ANUGERAH PANGKAT: Muhyiddin (tengah) menerima penganugerahan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba Kehormat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia daripada Wan Mohd Nor (kanan) di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya semalam. — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Majlis penganugerahan pangkat itu berlangsung di Pejabat Timbalan Perdana Menteri dan disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Kesejahtera-an Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Penganugerahan pangkat itu sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan inisiatif Muhyiddin dalam membangunkan Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai sebuah organisasi berprestasi tinggi.

Ia juga bagi menjadikan Muhyiddin sebagai ikon untuk meningkatkan penglibatan masyarakat dalam bidang kebombaan.

Selain itu, idea dan inisiatif beliau juga akan menjadi inspirasi kepada warga jabatan bomba untuk terus memberikan perkhidmatan kebombaan yang cemer-lang.  — Bernama