Anda di sini

Wanita UMNO mahu kos pengambilan amah dikurangkan kepada RM5,000

Advertisement

KUALA LUMPUR: Perge-rakan Wanita UMNO meminta kerajaan mengurangkan kos pengambilan pembantu rumah warga asing daripada RM8,000 kepada RM5,000 maksimum.

Menyuarakan permintaan itu ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kos yang ditetapkan masa kini sangat tinggi dan membebankan.

Katanya, ia juga melihat kepada kes pembantu rumah yang lari setelah majikan membayar kepada pihak agensi, menyebabkan majikan terpaksa menanggung kerugian.

“Hal ini boleh dianggap isu ekonomi negara kerana apabila pembantu rumah lari, para ibu terpaksa meninggalkan pekerjaan mereka untuk menjaga anak. Ini menyebabkan negara kehilangan bakat dan tenaga kerja wanita”, katanya di sini, semalam.

Beliau berkata agensi pembantu rumah asing perlu bertanggungjawab terhadap pekerja yang melarikan diri atau bermasalah dalam tempoh kontrak selama dua tahun dan menggantikan pembantu rumah yang baru tanpa mengenakan kos dan fi kepada majikan.

Seramai 105,119 kes pembantu rumah lari dilaporkan dari 2008 hingga 2013 dengan kerugian yang ditanggung majikan melebihi RM1 bilion, katanya.

Pergerakan itu turut mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan Pusat Sehenti yang bertindak merekod data pembantu rumah, sebagai pusat aduan kepada majikan yang menghadapi masalah berkaitan serta bantuan sosial seperti perkhidmatan guaman, kewangan dan per-ubatan kepada pembantu dan majikan.

Katanya Wanita UMNO akan turun padang untuk berbincang dengan kementerian dan agensi berkaitan bagi menyelesaikan perkara itu dalam masa ter-dekat. — Bernama

Advertisement