Anda di sini

Lebih RM300 juta geran untuk PBT tahun ini

Advertisement

MELAKA: Kementerian Ke-sejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukkan geran tahunan berjumlah RM302.2 juta tahun ini untuk di-salurkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

Menterinya Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata pemberian yang ditetapkan di bawah Perkara 109(3) Perlembagaan Persekutuan itu bagi memastikan PBT memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat me-lalui pelaksanaan pelbagai projek kecil dalam kawasan masing-masing.

“Jumlah peruntukan geran tahunan bergantung beberapa kriteria termasuk bilangan penduduk, belanja meng-urus, taraf PBT, keperluan pelaburan sosial dan keunikan PBT,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan PBT 2014 di sini malam kelmarin.

Beliau berkata sejumlah RM281.3 juta turut diperuntukkan sebagai Sumbangan Membantu Kadar (SMK) bagi menggantikan cukai bangunan Kerajaan Persekutuan dalam kawasan PBT.

Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman berkata secara umum prestasi PBT yang dinilai melalui penggredan Sistem Penarafan Bintang PBT (SPB-PBT) pada tahun lepas menunjukkan peningkatan dari segi pengurusan dan penyampaian perkhidma- tan. — Bernama

Advertisement