Anda di sini

Kerajaan belum cadang bentuk dasar baharu tempoh bertenang pesara penjawat awam: Shahidan

Advertisement

KUALA LUMPUR: Ke-rajaan belum bercadang membentuk dasar baharu bagi mengenakan “tempoh bertenang” kepada pesara penjawat awam sebelum memegang jawatan di sektor korporat atau profesional.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata setakat ini kerajaan ha-nya mempunyai peraturan menyekat pembabitan golo-ngan itu dalam aktiviti yang mempunyai kaitan dengan bekas jawatan yang disandangnya.

“Buat masa ini kerajaan hanya mengenakan tempoh bertenang atau ‘cooling period’ terhadap bekas penjawat awam yang baharu bersara daripada terbabit dalam aktiviti perniagaan atau berkhidmat dengan mana-mana agensi atau mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan tugas jawatannya semasa berkhidmat.

“Ia bertujuan menyekat sebarang urusan berperolehan kerajaan sejurus selepas bersara termasuk tidak dibenar melobi kontrak-kontrak kerajaan,” katanya menjawab pertanyaan Senator Rohani Abdullah di Dewan Negara di sini semalam.

Rohani ingin tahu sama ada kerajaan berhasrat melaksanakan satu dasar baharu untuk pesara penjawat awam sebelum memasuki sektor lain.

Shahidan berkata berdasarkan kajian, hanya enam peratus pesara penjawat awam terbabit dalam perniagaan yang mempunyai perolehan.

Dalam pada itu, beliau berkata penyertaan pesara penjawat awam di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak menimbulkan sebarang kerisauan kerana tindakan tetap boleh diambil terhadap individu berkenaan sekiranya pelantikan itu tidak memberi sebarang kebaikan.

Shahidan berkata setakat ini pesara penjawat awam yang dilantik dalam GLC berjaya membuktikan kemampuan mereka dan memajukan syarikat selaras dengan tujuan asal pelantikan mereka ke jawatan itu. — Bernama

Advertisement