Anda di sini

BN dan PAS disaran tubuh jawatankuasa khas hudud

Advertisement

KUALA LUMPUR: Pe-mimpin Barisan Nasio-nal (BN) yang beragama Islam dan PAS disaran menubuhkan sebuah jawa-tankuasa khas mengenai hukum hudud yang berperanan memperinci dan memberi kefahaman kepada rakyat berhubung hukum itu.

Anggota Dewan Negara Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata penjelasan mendalam mengenai hudud, kaedah dan kesan pelaksanaannya perlu dibuat segera secara meluas termasuk kepada masya-rakat bukan Islam sebelum rang undang-undang persendirian mengenainya dibentangkan PAS di Dewan Rakyat.

“Orang Islam sendiri pun ramai yang kurang faham apa itu hudud. Ini perlu dijelaskan. Eloklah pe-mimpin-pemimpin Islam (BN dan PAS) duduk semeja, tubuhkan satu jawa-tankuasa khas, buat forum, dialog untuk terangkan kepada rakyat.

“Kalau terus nak terangkannya di Parlimen, ini makan masa, dan kita (anggota Yang Berhormat) pun ada banyak perkara lain nak dibawa dan dibincang di Dewan Rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.

Bagi membolehkan jawatankuasa itu memperinci dan membuat penerangan menyeluruh tanpa terikat kepada ideologi politik, Mohd Ali mencadangkan supaya ia turut disertai pelbagai pemikir Islam, ahli akademik, Majlis Fatwa Kebangsaan dan pengamal undang-undang syariah.

Isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kembali menjadi perbinca-ngan hangat akhir-akhir ini apabila kerajaan PAS negeri itu, melalui anggota Parlimen parti itu, bercadang membawa di Dewan Rakyat Jun ini usul mengenainya.

Namun, hasrat PAS untuk mengemukakan rang undang-undang persen-dirian itu di Parlimen ditentang keras sekutunya, DAP, atas alasan pelaksanaan hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan PAS-DAP-PKR. — Bernama

Advertisement