Anda di sini

Task Force 450 ditempatkan di Kem Tentera Kota Belud

Advertisement

PRIHATIN: Raja Mohamed Affandi (tiga kiri) semalam meluangkan masa melawat Abdul Latif yang terlibat dalam kemalangan ketika membuat persiapan untuk melaksanakan program jiwa murni – pemeriksaan kesihatan di Bakapit Lahad Datu Jumaat lepas yang kini sedang dalam rawatan di Hospital Queen Elizabeth II di Kota Kinabalu. — Gambar Bernama

KOTA KINABALU: Pasukan Task Force 450 akan ditempatkan di Kem Tentera Paradise, Kota Belud bagi menjadikannya sebahagian daripada tunjang kepada penubuhan Divisyen Kelima Infantri Malaysia dalam menjaga kedaulatan negeri ini.

Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Raja Moha-med Affandi Raja Mohamed Noor berkata pemilihan kem tentera itu berdasarkan loka-sinya yang mempunyai nostalgia dan sejarah tersendiri bagi Tentera Darat (TD).

“Lawatan saya ke Sabah antara lain untuk meninjau kerja-kerja membaik pulih dan membaiki bangunan kem tentera di Kota Belud yang akan dijadikan petempatan kem askar pasukan Task Force 450,” katanya di sini semalam.

Raja Mohamed Affandi berkata pada masa kini, pasukan itu berada di Kem Lok Kawi, Papar.

Bagaimanapun, katanya, tarikh pemindahan pasukan itu ke kem berkenaan masih belum diputuskan.

Dalam pada itu, Raja Mohamed Affandi berkata Lima Briged Infantri Malaysia yang ditubuhkan sejak 50-tahun lalu di Sabah, akan berada di bawah pentadbiran Task Force 450 dan kekal berope-rasi sepenuhnya di Kem Lok Kawi, Papar.

Pada 2 April lalu, Pang-lima Pemerintahan Medan Wilayah Timur, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar dilaporkan berkata penubuhan Markas Task Force 450 di Kem Lok Kawi, Papar, memantapkan keupayaan dan kesiapsiagaan tentera darat menghadapi sebarang ancaman musuh yang cuba menggugat kedaulatan negara khususnya di Sabah.

Terdahulu, beliau meluang-kan masa melawat seorang anggota TD, Prebet Abdul Latif Md. Yusuf yang terlibat dalam kemalangan ketika membuat persiapan untuk melaksanakan program jiwa murni – pemeriksaan kesihatan di Bakapit, Lahad Datu, Jumaat lalu.

Abdul Latif, 21, yang ber-asal dari Kedah, mengalami kecederaan di kepala dan mendapat rawatan di Hospital Queen Elizabeth II, Luyang di sini dan dilaporkan stabil.

Yang turut hadir Panglima Task Force 450, Mejar Jeneral Datuk Ranjit Singh Ram- day. — Bernama

Advertisement