Anda di sini

Polis berkas dua lelaki, rampas kereta dan perkakas pecah rumah

Advertisement

RAMPAS: Sebuah kereta Kancil dirampas polis daripada suspek.

Dua penjenayah tegar pecah rumah diberkas

SIBU: Polis memberkas dua lelaki dan merampas sebuah kereta dan perkakas dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah pecah rumah di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, polis yang melakukan rondaan di Jalan Gambir, di sini menahan sebuah kereta yang kelihatan mencurigakan.

Suspek yang dicam polis mempunyai rekod jenayah lampau ditahan dan terus dibawa ke balai.

Kereta yang dipandu suspek tidak mempunyai cukai jalan dan menggunakan nombor plat pendaftaran palsu.

Perkakas dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah pecah rumah turut dijumpai di dalam kereta tersebut.

Suspek kemudian mengiringi polis untuk menahan seorang lagi rakannya yang terlibat dalam melakukan jenayah pecah rumah di kawasan berhampiran.

Rakan suspek yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap.

Sementara itu, seorang lelaki ditahan kerana bertindak menyimbah minyak petrol dan memecah cermin di sebuah pusat hiburan milik isterinya.

Polis yang bertindak daripada aduan isterinya berjaya menahan suspek (suaminya) di sebuah pusat perjudian atas talian sekitar jam 12.30 malam.

Terdahulu, suspek yang berumur 40-an mengugut isterinya semasa berada di pusat hiburan terbabit.

Dalam kes berasingan, polis narkotik di sini menahan dua adik-beradik lelaki kerana dipercayai mengedar dadah.

Kedua-dua suspek ditahan di sebuah premis menyediakan perjudian atas talian di Jalan Bukit Assek, di sini jam 10 malam Sabtu lalu.

Mereka akan dihantar ke pusat pemulihan di Simpang Renggam, Johor.

Advertisement